Makluman kepada semua.
Diharapkan semua hadirin dapat memastikan telefon bimbit anda berada dalam mode
senyap sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih.
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat,
En. Mohd Mahdi bin Musa, Pengerusi Lembaga Pengarah TESDEC Sdn. Bhd.
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang Berhormat, En. Mohd Mahdi bin
Musa, Pengerusi Lembaga Pengarah TESDEC Sdn. Bhd.
Yang diraikan, Tuan Haji Che Razali bin
Adis, dan isteri.
Yang Berusaha, Tuan Haji Rozali bin
Salleh, Pengurus Besar TESDEC Sdn. Bhd. dan isteri.
Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang
Berbahagia Dato’-Dato’,
Dif-dif jemputan,
Wakil-wakil media yang hadir serta para
kakitangan TESDEC Sdn. Bhd sekalian,
Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.
Majlis dengan
sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat En. Mohd Mahdi bin Musa,
serta tetamu-tetamu sekalian ke Majlis Malam Seribu Kenangan bersama Yang
Berbahagia, Tuan Haji Che Razali bin Adis.
Untuk
makluman para hadirin, majlis pada malam ini merupakan majlis yang dianjurkan
khusus untuk meraikan Yang Berbahagia Tuan Haji Che Razali bin Adis, Mantan
Pemangku Pegawai Eksekutif TESDEC Sdn. Bhd yang akan bertukar ke Yayasan
Pembangunan Usahawan berkuat-kuasa pada hari ini.
Majlis ini
akan mengenang kembali jasa-jasa dan detik-detik permulaan Yang Berbahagia Tuan
Haji di TESDEC Sdn. Bhd sehinggalah ke saat pertukaran beliau.
Sarung
ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis akan diberkati
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis akan diberkati
Bagi memberkati lagi majlis kita pada
malam ini yang penuh bermakna ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang
akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Maliki bin Mohd.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(Bacaan Doa)
Amin ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz
Maliki bin Mohd atas bacaan doa itu tadi.
Majlis pada malam ini diteruskan lagi
dengan ucapan daripada En. Mat Azam bin Hussein, Pengurus Pembangunan,
Penyelenggaraan dan Jaminan Kualiti bagi mewakili suara seluruh kakitangan
TESDEC Sdn. Bhd..
Majlis dengan segala hormatnya,
mempersilakan.
(Ucapan Pengurus PPJK)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada En. Mat Azam bin Hussein atas ucapan beliau sebentar tadi.
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya
menjemput pula, Yang Berhormat En. Mohd Mahdi bin Musa selaku Pengerusi Lembaga
Pengarah TESDEC Sdn. Bhd untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(Ucapan YB Mahdi)
Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berhormat di atas ucapan sebentar tadi.
Ambilkan
saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Majlis pada malam ini diteruskan dengan
sebuah persembahan mutimedia mengenai memori perjalanan Yang Berbahagia Tuan
Haji Che Razali bin Adis sepanjang 9 tahun berada bersama keluarga TESDEC Sdn.
Bhd. Sama-samalah kita saksikan.
(Persembahan Multimedia)
Mengimbau kembali tanggal 3 Januari
1956, lahirnya seorang insan berjiwa besar di Kampung Pulau Bahagia Manir,
Terengganu. Pemilik Ijazah Sains Perniagaan Tani dari UPM ini telah memulakan
khidmat sebagai Juruteknik Pertanian sekitar tahun 1975 di Lembaga Pertubuhan
Peladang Terengganu.
Pada tahun 1981, beliau telah
menamatkan zaman bujangnya dengan menyunting Puan Hajjah Faridah Ismail sebagai
suri. Hasil perkongsian hidup bersama isteri, beliau telah dikurniakan 6 orang
cahayamata, 3 putera dan 3 puteri.
Sebagai salah seseorang yang
berdedikasi dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam pekerjaan, beliau
seterusnya terus menabur khidmat bakti apabila dilantik sebagai Pengurus Besar
Persatuan Nelayan Terengganu pada tahun 1988.
Pada 2 Mac 1991, berbekalkan
pengalaman selama 16 tahun dalam dunia pekerjaan, beliau telah diberi
kepercayaan untuk berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri dan pernah menjawat
pelbagai jawatan termasuk sebagai Setiausaha Majlis Daerah Setiu dan juga
Kemaman.
Memulakan khidmat di Pusat Pembangunan
Kemahiran Negeri Terengganu pada tanggal 16 Disember 2004, beliau telah membawa
banyak perubahan kepada TESDEC. Daripada kemudahan infrastruktur sehinggalah
kepada penambahan kursus-kursusnya. Perubahan demi perubahan yang berlaku
sepanjang perkhidmatan beliau di sini telah menjulang nama TESDEC untuk berdiri
seiring dengan pusat kemahiran yang lain. Sesungguhnya terlalu banyak jasa dan
sumbangan beliau kepada kita dan TESDEC khususnya.
Sumbangan beliau dan kerjasama erat antara kakitangan yang lain telah
menyumbang kepada kejayaan TESDEC pada hari ini. Benar kata pepatah, patah
tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi. Kami
iringi perjalanan empunya diri, dengan seuntai doa agar sentiasa berjaya dalam
apajua lapangan yang akan diceburi. Pertemuan kita berakhir di sini. Tapi,
perjalanan kita masih lagi panjang..
Buah selasih di dalam puan,
Dibawa gadis di tengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.
Dibawa gadis di tengah laman,
Takkan hilang jasamu tuan,
Jadi ingatan sepanjang zaman.
Seikhlas budi seuntai kasih, tepukan
gemuruh buat Yang Berbahagia Tuan Haji Che Razali bin Adis.
Begitulah sebentar tadi, rentetan
sebuah perjalanan seorang insan yang pernah hadir dalam lipatan sejarah jabatan
kita.
Sekarang, tibalah masanya, saat-saat
yang kita dinantikan, mendengar amanat dan juga pesanan daripada insan yang
kita raikan, Yang Berbahagia, Tuan Haji Che Razali bin Adis. Majlis dengan
segala hormatnya, mempersilakan.
(Ucapan Mantan GM)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji di atas ucapan
sebentar tadi. Segala pesanan akan kami sematkan di hati bagi memastikan usaha
dan amanah yang ditinggalkan tidak berakhir di sini.
Yang Berhormat, yang Berbahagia
Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan, majlis menjemput semua hadirin untuk
menjamu selera.
Sambil hadirin menjamu selera, terimalah persembahan daripada
______________.
Dipersilakan.....
(DJ)
***(Selesai makan)
Hadirin yang dihormati sekalian,
Berucap sudah, makan pun sudah. Majlis
pada malam ini diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Tuan
Haji Che Razali bin Adis untuk menandatangani Buku Seribu Kenangan.
Dipersilakan.
(Tandatangan Buku)
Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia Tuan Haji dan _________________ .
Bulan puasa
memetik kelapa,
Hendak menyambut Aidilfitri;
Budi kami tidak seberapa,
Kenangan diberi kekal abadi.
Hendak menyambut Aidilfitri;
Budi kami tidak seberapa,
Kenangan diberi kekal abadi.
Sebagai tanda penghargaan dan
kenangan-kenangan, majlis menjemput Yang Berhormat En. Mohd Mahdi bin Musa
diringi, Yang Berusaha Tuan Haji Rozali bin Salleh dan isteri untuk
menyampaikan cenderamata.
Dipersilakan, Yang Berbahagia Tuan Haji
Che Razali bin Adis.
(Cenderamata GM)
Dipersilakan pula,
___________________________________________ (Isteri GM baru) untuk menyampaikan
sejambak bunga kepada Puan Hajjah Faridah binti Ismail. Dipersilakan.
(cenderamata Pn. Hajjah)
Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berhormat dan Yang Berbahagia Tuan Haji.
Dengan berakhirnya majlis penyampaian
cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada malam yang penuh
bermakna ini.
Sebelum berpisah, semua tetamu dan
kakitangan dijemput ke sesi bergambar dan seterusnya bersalaman dengan Tuan
Haji Che Razali bin Adis
Batang
selasih permainan budak
Berdaun
sehelai dimakan kuda
Bercerai
kasih bertalak tidak
Seribu tahun
kembali juga
Sekian, wabillahhittaufiq walhidyah
assalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment