a) Sekiranya
sakit kepala atau migrain, sebelum tidur atau sewaktu bangun tidur, baca 3 ayat
terakhir surah Al Hasy (iaitu ayat Lau Anzalna Hadzal Quran), sambil tangan
kanan memegang kepala. Allah berjanji tidak akan didatangkan sebarang mudarat
yang berkaitan dengan kepala.
b) Wanita-wanita
yang mempunyai masalah kewanitaan (hormon, darah dan sebagainya), zaman dahulu
amalan ini sangat popular, iaitu menghadap (berada dibawah) sinaran bulan.
Bulan sangat rapat dengan manusia, hidupan. Laut tahu akan perkara ini. Bulan
dapat mempengaruhi darah. Duduklah selama 15 minit atau lebih, insha Allah
wanita akan sihat.
c) Untuk orang
yang ingin bangun tahajud tetapi sangat payah untuk terjaga, sebelum tidur bacalah
Surah Al Qadr. Pada akhir ayatnya ulang 7 kali, sambil berniat pukul berapa
mahu bangun.
d) Bagi orang
yang disihir, Syeikh mengatakan barang siapa yang membaca Hizb Bahr (agaknya,
telinga tak dengar sangat. Mungkin zikir yang dibekalkan oleh Syeikh) dua kali
dalam sehari, nescaya dia tidak akan terkena sihir. Siapa yang terkena juga,
dengan izin Allah, akan terlepas dari sihir itu.
e) Amalan ini
biasa dibuat di Madinah. Bila anak-anak kecil selalu menangis,
berbintik-bintik, kurus badannya, maka kita akan tukar nama panggilannya.
credit to : akrine.blogspot.com
No comments:
Post a Comment